SAMSUNG GALAXY S4
Assalamualaikum...hahaha...untuk posting kali ini aku nak ceritakan serba sedikit tentang beberapa gadjet yang aku miliki dan banyak membantu aku dalam apa jua keadaan ketika aku memerlukan khidmat gadjet-gadjet tersebut. Gadjet ini biasa kita dengar ia merupakan barang-barang jeinis elektronik terbaru yang membuatkan hidup manusia sekarang lebih praktis tambahan pula, di zaman moden seperti sekarang ini, kita tidak terlepas dengan namanya gadjet. Aku bukan lah penggemar atau pengumpul gadjet-gadjet canggih yang terbaru atau terkini. Setakat apa yang aku rasakan perlu sahaja. Ini lah gadjet a.k.a telefon pintar kesayangan aku dulu kini dan selamanya.
Secara ringkasnya gadjet inilah yang menjadi peneman aku ke sana sini. Gadjet ini mempunyai saiz yang sederhana dan memudahkan aku menyimpan di dalam poket.Selain itu, gadjet ini mempunyai rekaan yang sangat mudah dan menarik. Gadjet ini memudahkan aku untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dan memudahkan aku untuk bersosial bersama kawan-kawan. Semua sedia maklum, teknologi dunia sekarang semakin hari semakin berkembang dan membuatkan gadjet telefon pintar ini menjadi satu keperluan dan tidak lagi menjadi kehendak. Dengan menggunakan gadjet ini teknologi hanya berada di hujung jari kita. Selain itu, telefon pintar terdapat banyak kegunaan bukan sahaja untuk membuat panggilan tetapi ini lah telefon pintar, penggera, kamera, tempat main permainan, tempat sunting gambar, facebook, instagram, whatsapp, telegram, membeli-belah dalam talian, diari harian atau memo, update blog, dan mencari maklumat menggunakan Google.
Komputer riba atau lebih sinonim dipanggil laptop. Aku mempunyai sebuah komputer riba yang berjenama acer. Oleh itu, aku sebagai pelajar universiti memerlukan laptop kerana laptop merupakan salah satu gadjet yang penting dan perlu ada pada setiap pelajar . Laptop dangat membantu aku membuat pelbagai tugasan yang diberikan oleh pensyarah sepanjang aku bergelar pelajar dari semester satu sehingga semester tujuh.
Dalam dunia pekerjaan, komputer riba mempunyai peranan sangat penting dalam membantu mempermudah dan mempercepat pekerjaan. Sebagai contoh, ketika belum ada komputer orang harus menggunakan mesin ketik untuk mengetik. Kertas akan disobek / diganti ketika ada kesalahan dalam pengetikan. Namun dengan komputer riba kita dapat menyunting berulang-ulang tanpa harus memboroskan kertas. Dan dokumen / hasil ketikan tersebut dapat disimpan dalam komputer. Di alam pekerjaan nanti kebanyakan syarikat akan menggunakan laptop sebagai gadjet utama mereka menyiapkan kerja dan tugasan mereka. Komputer riba juga sudah maju seiring dengan teknologi sekarang kerana terdapat pelbagai perisian dan aplikasi yang sudah dipasang di dalam laptop kita. Dengan menngunakan laptop, aku dapat mencari pelbagai maklumat yang kita perlukan .Selain itu, komputer riba juga fleksibel kerana boleh di bawa kemana mana . Berbanding dengan desktop yang tidak boleh dibawa kemana mana.
Komputer riba juga menjadi alat untuk membantu komunikasi apabila berada jauh dari orang tersayang kerana dahulu hanya kemudahan telefon yang dapat dijadikan alat komunikasi kepada orang yang jauh, dan itupun kita hanya bisa mendengar suaranya saja tidak lebih dari itu. Berbeza dengan zaman serba canggih sekarang ini,dengan penggunaan komputer dapat berkomunikasi dengan orang yang jauh dan dapat melihat wajahnya secara langsung sambil bercakap dengannya. Bahkan kita boleh saling menghantar fail, gambar dan video. Ini juga dapat menjimatkan masa dan memudahkan urusan.
Akhir sekali ,Hiburan juga merupakan suatu hal penting bagi peribadi seseorang, terutama apabila aku penat ,tekanan dan sebagainya. Maka dengan komputer riba aku boleh mendengar lagu kegemaran aku dan juga dapat melihat video-video lucu yang banyak tersedia di internet (terutama di Youtube). Hobi aku ialah bermain permainan dan terdapat banyak permainan yang disediakan di dalam komputer riba dan lebih memudahkan aku kerana aku tidak perlu ke pusat permainan untuk bermain permainan. Aku cuma menggunakan komputer riba untuk bermain permainan .
Seterusnya, apabila menggunakan komputer riba pasti akan mempunyai tetikus untuk memudahkan kita. Tetikus adalah perkakasan yang dihubungkan ke komputer menggunakan wayar atau tanpa wayar. Alat ini dinamakan tetikus kerana pada waktu itu peranti ini berbentuk seperti tikus. Disamping itu, wayar yang tersambung dengan tetikus yang berhubung dengan komputer bentuknya seperti ekor tikus. Terdapat banyak fungsi dan kegunaan tetikus yang dapat memudahkan kerja dan kerja menjadi lebih cepat. Antaranya ialah memberi arahan kepada komputer dimana cara tetikus adalah dengan cara tetikus digeserkan pada permukaan. Tetikus aku juga digunakan untuk beberapa aktiviti seperti dua kali klik cara ini adalah untuk membuka fail, klik tahan dan geser pula adalah untuk memilih item, drag drop merupakan cara untuk memindahkan item, klik kanan pula menampilkan pilihan menu arahan dan dua butang sebelah tepi kiri merupakan sebagai fungsi untuk patah balik dan kembali.
Itulah antaranya kemudahan yang gadjet-gadjet kepunyaan aku yang mana sudah banyak membantu selama aku bergelar sebagai pelajar di UUM, sekian terima kasih.
Itulah antaranya kemudahan yang gadjet-gadjet kepunyaan aku yang mana sudah banyak membantu selama aku bergelar sebagai pelajar di UUM, sekian terima kasih.