Friday, 9 October 2015

Dedaun Keindahan Alam






Assalamualaikum, harini aku akan  memperkenalkan kepada anda sejenis tumbuhan berdasarkan imej diatas. Ia merupakan daun, bunga dan buah yang berasal dari tumbuhan yang dikenali sebagai pokok hujan-hujan. Selain itu, Pokok Hujan-Hujan juga turut dikenali sebagai Pokok Air-Air atau Pokok Hujan. Nama botaninya ialah  Albizia saman. Pokok Hujan-hujan memiliki ketinggian sehingga 25m dengan diameter 1.5m, dahan yang kuat,bunga berwarna merah jambu dengan ukuran 5-9cm,daun bewarna hijau gelap (bipinat), pod dengan ukuran 6-8’ panjang.

Selain itu, kegunaan Pokok Hujan ialah buahnya yang manis dapat dijadikan makanan binatang dan pokoknya dijadikan sebagai pokok teduhan  serta sebagai tadahan hujan.Pokok hujan-hujan yang matang kelihatan megah mengkagumkan namun kadang-kadang menakutkan apabila mereka dipenuhi epifit atau tumbuh-tumbuhan tumpang seperti paku langsuyar, paku tanduk rusa atau anggerek merpati. Bunga-bunganya  kecil, berkelompok, putih hingga ke merah jambu dan agak harum.








Seterusnya, aku ingin menceritakan tentang daun dalam gambar diatas:

Daun ini berasal dari pokok yang dikenali sebagai Pokok Palas Duri. Bukan sahaja daun terdapat pada pokok itu malah terdapat juga buahnya. Daunnya berwarna hijau tua. Pokok Palas Duri mempunyai banyak kegunaan. Keistimewaannya  ialah orang melayu akan menggunakannya ketika menyambut hari raya di mana pucuknya yang dipanggil daun palas sangat sinonim digunakan untuk membuat kuih tradisional iaitu ketupat pulut atau di sesetengah kawasan dipanggil sebagai lepat. Daun yang sesuai dibuat ketupat adalah daun pokok yang  sudah matang dan  bukan daun yang berwarna hijau tetapi daunnya yang belum terbuka. Tanpa daun palas, ketupat tidak akan bermakna. Apabila hari raya semakin hampir, permintaan daun palas sangat tinggi dan pembekal boleh mendapatkan hasil yang lumayan. Disamping itu, bukan sahaja pada musim perayaan, daun palas juga digunakan pada  hari-hari biasa juga . Antaranya  digunakan untuk membuat kuih seperti Dodol .Daun Palas juga sesuai  dijadikan buah tangan, bukan Dodol Daun Palas sahaja yang munggunkan daun palas tetapi kuih Kelupis juga menggunakan daun palas dan banyak lagi kuih-kuih yang menggunakannya. Selain daripada kegunaan pucuknya, pokok palas juga mempunyai teras yang sangat keras dan digunakan sebagai tongkat dalam seni silat tongkat. Jesteru itu, banyak kegunaan yang boleh dihasilkan hanya dengan menggunakan daun palas ia dapat memberi manfaat bukan sahaja dari segi makanan malahan dari segi kewangan juga. 





Ok untuk gambar yang ketiga pula merupakan daun yang di namakan sebagai daun hempedu bumi, bentuk daun, batang, dan warnanya seakan-seakan dengan daun terbang. Oleh sebab itu, jika ingin memerlukan daun tersebut kena pastikan betul-betul adakah daun itu daun hempedu bumi ataupun daun terbang untuk mengelakkan daripada tertukar. Daun ini biasanya mudah dijumpai di tanah gambut dan daunnya berwarna hijau pekat,licin, dan tersusun bersilang. Selain itu bentuknya yang bujur,runcing di hujung dan nipis, di belakang rumah terdapat banyak daun begini kerana kawasan rumah aku itu jenis gambut. Daun ini bukan sebarang daun, daun ini mempunyai kelebihanya yang tersendiri. Daun ini merupakan jenis tumbuhan herba, ia boleh dijadikan sebagai ubat sepeti penyakit darah tinggi disamping ia juga boleh merawat penyakit seperti penyakit kencing manis dan penyakit-penyakit lain seperti masalah penghadaman, pernafasan, demam, batuk, ciri birit, luka, ulser, gigitan serangga, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan lain-lain penyakit. Aku dapat maklumat-maklumat ini daripada atuk aku kerana sebelum ini dia pernah mengalami penyakit darah tinggi juga kebiasaan orang yang sudah berumur dan aku sebelum ini aku biasa menggunakan daun demam, luka kena gigitan pacat sebab aku suka berkebun. Bukan daun ini sahaja yang dapat dijadikan ubat darah tinggi dan kencing manis, daun ketum juga boleh juga digunakan sebagai ubat. Tetapi manusia menyalah gunakan daun tersebut sebagai benda bahaya kepada diri sendiri.  Selain itu juga, daun ini bukan sahaja orang gunakan sebagai ubat atau herba, daun ini juga boleh jga dijadikan ulam-ulaman sesuai bagi mereka yang mengemari ulam dan bagi mereka yang tidak berapa suka minum air herba kerana pahit.

Sesungguhnya tumbuhan yang dikurniakan Allah s.w.t. mempunyai pelbagai kegunaannya dan kita boleh jadikan ia sebagai pendapatan kita dan banyak lagi. Oleh itu, mari la sama-sama semaikan sifat sayang kepada alam ini daripada bencana-bencana yang tidak diingini berlaku. Hargailah pemberian yang diberikan kerana semua yang kita miliki di dunia ini bukan milik kita tetapi Allah s.w.t. Setakat itu sahajalah penceritaan aku, sekian terima kasih :)...

No comments:

Post a Comment