Assalamualaikum, dan salam sejahtera, pada 18 Oktober 2015 jam 11.10 p.m. bergelarnya aku sebagai pelajar semesta akhir (semesta 7), untuk sekian lamanya aku menjadi seorang
pelajar bermula dari umur 5 tahun sehinggalah umur aku 22 tahun. Malam ini aku tidak tahu kenapa aku bersemangat untuk menceritakan pengalaman aku selama mana aku bergelar sebagai pelajar, lebih-lebih lagi pengalaman berada di UUM. Tanpa membuang masa lagi aku akan mulakan cerita aku bermula.
Pada tanggal 12 Febuari 1993, satu kisah yang bermakna untuk ahli keluarga aku, dimana rumah sepasang suami isteri telah dikurniakan anugerah yang amat ternilai iaitu menyambut kelahiran seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Shahizdan Bin Mohd Alwi (aku). Setelah umur aku berusia lima tahun, aku didaftarkan di sebuah sekolah tabika iaitu Pasti Mawaddah yang berdekatan dengan rumah aku. Dan disitulah bermulalah perjalanan aku sebagai seorang pelajar. Tetapi dalam penceritaan ini aku ingin memberi fokus tentang pengalaman aku di UUM dari semesta satu hingggalah aku bergelar pelajar semesta akhir (7). Sebelum aku pergi lebih jauh lagi, berikan kesempatan kepada aku untuk menceritakan serba sedikit kisah aku yang bermula dari bawah sehinggalah aku pada peringkat yang tinggi.
Dua tahun kemudian,aku didaftaran ke Sekolah Kebangsaan Kelaboran sebagai muris tahun satu pada tahun 2000 hingga ke tahun enam pada tahun 2005. Pada tahun 2006, bermulanya aku dipanggil sebagai remaja dan usia aku meningkat 13 tahun, kemudian pada saat itulah aku ditukarkan ke peringkat menengah. Aku dihantar ke sekolah agama iaitu di Maahad Muhammadi Tumpat. Disitu aku banyak belajar apa itu yang dinamakan Islam, ajaran yang dibawa oleh nabi junjungan kita iaitu nabi Muhammad s.a.w. Dan cara yang dibawa ataupun budaya digunakan dalam sekolah tersebut dengan cara yang diajar olah Islam.
Selepas tamat STAM pada tahun 2012, aku memohon menyambung pembelajaran di peringkat IPTA. Beberapa bulan kemudian, digempar dengan keputusan yang amat mengejutkan kerana alhamdulillah aku dipilih untuk menyambung pelajar ke peringkat ijazah di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Operasi dan termasuk sepupu saya juga dapat menyambung pelajaran di Universiti Utara Malaysia, sungguh aku tidak ku sangkakan. Tetapi berat bagi ku untuk meninggalkan keluarga aku tersayang yang membesarkan aku dari bayi hinggalah berjaya menyambung pelajaran ke peringkat universiti kerana aku tidak pernah berjauhan dengan mereka termasuk juga adikku. Akan ku balas kedua ibu bapa ku dengan segulung ijazah yang selama ni mengajar aku kehidupan dan menghormati orang lain dan ajaran itulah telah dapat aku cipta satu prinsip dalam hidup aku iaitu "biar orang lain berbuat jahat kepada kita, jangan kita berbuat jahat kepada orang lain".
Diriwayatkan bahawa Nabi Bersabda : Barangsiapa yang melakukan suatu mudharat kepada orang lain, maka Allah akan memudharatkan dengannya dan barangsiapa yang menyusahkan maka Allah akan menyusahkan ke atasnya - Riwayat Tirmidzi.
Pada 31 Ogos 2012 kami bertolak dari Kelantan ke Kedah lebih kurang 7jam untuk sampai ke Kedah dengan keadaan takut kerana ini adalah kali pertama akan berada di tempat orang dalam masa empat tahun. Dalam pukul 5 petang kami sampai di Kedah dan kami menumpang rumah kawan bapa saudara aku di sesebuah kampung kalau tidak silap aku, nama kampung tersebut adalah Kampung Pendang. Pada malam sebelum pendaftaran aku mengemas barang untuk persiapan esok dalam keadaan yang seronok pun ada, tkut pun ada, dan macam-macam perasaan yang timbul dalam diri aku ini.hahaha... Apabila tiba nya waktu pagi 1 September 2012, aku bersiap untuk pendaftaran hari pertama aku di UUM. Sesudah tiba nya aku di pekan Changloon, keadaan trafik yang perlahan akibat ramai yang lain ingin menghantar anak mereka.
Perjalanan kami dari pekan Changloon ke kampus utama UUM Sintok memakan masa selama 10 minit. Setibanya kami di kampus UUM, aku berasa sangat teruja dengan keindahan kampus yang disajikan didepan mataku.Ternyata Kampus UUM serupakan sebuah universiti yang sangat indah dengan keindahan landskapnya serta suasananya yang tenang dan damai. Dari situ aku dapat lihat dan bayangkan kehidupan yang bakal aku lalui sepanjang empat tahun aku di sini. Sesampainya kami di hadapan pintu utama kampus, kami telah disambut baik oleh para pengawal keselamatan yang bertugas. Mereka telah menunjukkan kami jalan untuk ke dewan penginapan aku. Kami terus menuju ke dewan penginapan yang menempatkan aku iaitu Dewan Penginapan Pelajar Tradewins atau lebih dikenali sebagai DPP Tradewins. Sesampainya disana, aku melihat ramai pelajar lain sedang mendaftar. Secara tiba-tiba aku berasa gentar dan berdebar dengan persekitaran baru yang bakal aku hadapi disini. Namun begitu aku turut berasa teruja dan bersyukur kerana aku dapat menjadi salah seorng daripada pelajar disini.
Setelah selesai urusan pendaftaran, aku ditunjukkan bilik yang bakal aku diami sepanjang aku berada disini. Keadaan bilik aku sangat selesa. Ibuku telah membantu aku mengemas bilik agar aku lebih selesa dengan keadaan bilik tersebut. Setelah selesai mengemas, kami sekeluarga turun untuk makan tengahahri bersama sebelum aku ditinggalkan oleh keluargaku disini. Tepat jam 2petang, seluruh ahli keluarga dikehendaki beredar dari DPP kerana sesi orientasi bakal bermula. Aku berasa sangat sedih untuk berpisah dengan ahli keluarga kerana ini pertama kali aku berjauhan daripada mereka. Namun begitu, perasaan sedih itu menjadi kekuatan aku untuk mbelajar dengan bersungguh-sungguh dan menggenggam segulung ijazah buat kedua ibubapaku. Pada petang itu bermulanya sesi minggu suai kenal kepada para pelajar baru. Dari situ aku dapat berkenalan dengan ramai kawan baru dari pelbagai negeri. Aku berasa cukup seronok kerana dapat berkenalan dengan ramai orang. Sepanjang seminggu sesi minggu orientasi dijalankan, kami pelajar baru telah diajar dan didedahkan dengan persekitaran dikampus dengan lebih jelas. Fasilitator juga memberikan bimbingan yang sangat baik kepada kami sekiranya kami mempunyai sebarang masalah.
Setelah seminggu menjalani minggu orientasi, tiba masanya untuk aku masuk kekelas. Dari sinilah bermulanya tujuan sebenar aku disini iaitu untuk menimba ilmu dalam khusus yang ditawarkan untuk aku. Hari pertama dikelas memang sangat janggal kerana keadaan pembelajaran di universiti sangat jauh berbeza daripada suasana pembelajaran di sekolah. Di sini kami perlu menguruskan segalanya dengan sendiri tanpa bantuan daripada pensyarah. Didalam kelas, aku telah berkenalan dengan lebh ramai orang yang sama khusus dengan ku. Kenalan aku semakin bertambah dan mereka semua sangat baik dan ramah. Hari pertama dikelas, kami telah diberi pendedahan tentang khusus yang kami ikuti ini serta serba sedikit tentang subjek yang bakal aku pelajari sepanjang semester ini. Berdasarkan penerangan yang diberi, aku semakin faham skop pelajaran khusus ini dengan lebih jelas. memang agak susah namun aku yakin aku boleh menghadapinya jika aku belajar dengan bersungguh-sungguh. Aku jadikan segala cabaran disini sebagai semangat dan kekuatan untuk aku meneruskan pelajaran aku disini selama 4 tahun.
Sebagai pelajar semester satu juga aku diwajibkan mengikuti kelas kokurikulum atau lebih dikenali sebagai KO-K. Kegiatan ko k berlangsung setiap hari sabtu dan kami pelajar UUM diwajibkan mengikuti kelas ko k selama 4 semester. Oleh sebab adanya kelas ko k setiap hari sabtu maka hujung minggu aku tidaklah seperti hujung minggu senior-senior yang mana mereka lebih menghabiskan masa hujung minggu dengan keluar bersama rakan-rakan. Namun begitu kegiatan ko k pada hari sabtu tidak menghalang aku untuk bersosial bersama kawan-kawan kerana aku juga turut keluar menenangkan minda pada hari jumaat. Sekiranya tiada sebarang tugasan yang memerlukan perbincangan kumpulan dijalankan, aku akan meluangkan masa untuk bersukan. Aku sangat menggemari sukan futsal dan juga bola sepak. Maka setiap masa terluang pada waktu petang aku habiskan dengan bersukan.
Semakin hampir dengan peperiksaan akhir, aku semakin sibuk dengan dateline tugasan yang diberikan yang perlu dihantar. Kerjasama ahli kumpulan yang sangat baik membuahkan hasil yang sangat memuaskan yang mana kami dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Tugasan individu juga dapat aku siapkan tepat padamasanya. Minggu peperiksaan tiba membuatkan aku lebih banyak menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran dan membuat discussion bersama-sama rakan-rakan mengenai topik yang tidak difahami. Hari pertama peperiksaan akhir memang sangat mendebarkan kerana inilah kali pertama aku menduduki peperiksaan di dewan yang sangat besar seperti DMAS ini. Namun begitu segala soalan yang diberikan dapat aku jawab dengan tenang. Tamatnya peperiksaan akhir maka tamatlah kehidupan aku sebagai pelajar semester pertama di sini.
Dalam cuti semester, keputusan peperiksaan diumumkan. Aku berasa sangat berdebar untuk menyemak keputusan peperiksaanku. NAmun berkat usaha aku, Alhamdulillah aku mendapat keputusan yang sangat memuaskan. Setelah tamatnya cuti semester, aku kebali ke kampus sebagai pelajar semeste kedua. Sebagai pelajar Semester kedua aku semakin berani untuk menghadapi segala cabaran kehidupan disini malah aku lebih bersemangat untuk menimba senyak mungkin ilmu yang boleh. Seperti semester pertama, di semester kedua juga aku telah diberikan banyak tugasan oleh para pensyarah. Oleh kerana aku telah mempunyai pengalaman di semester pertama, maka di semester kedua ini lebinh senang bagiku untuk membahagikan masa antara akademik dan kehidupan harian aku.
Di semester kedua, aku telah menjelajah hampir ke seluruh pelosok bandar alor star setiap kali ada kelapangan. Aku akan meluangkan masa bersama rakan-rakan untuk keluar bersosial sekiranya tidak ada sebarang tugasan yang perlu disiapkan. Pada semester ini aku banyak mengambil subjek yang memerlukan aku bercampur dengan pelajar-pelajar dari kursus yang lain. Aku berkenalan dengan lebih ramai orang dan berpeluang bekerjasama dengan mereka dalam menyiapkan tugasan. Aku dapat menimba banyak ilmu baru serta dapat mengenali dengan lebih rapat setiap daripada ahli kumpulan aku. Alhamdulillah walaupun kami berlaina kursus, namun kerjasama yang diberikan oleh semua ahli kumpulan telah meberikan hasil yang sangat memuaskan. Kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan cepat.
Tiba masa minggu peperiksaan akhir memerlukan aku untuk lebih fokus kepada peperiksaan tersebut. Oleh itu, aku telah menghadkan aktiviti luar aku serta aktiviti sukan yang sering aku ikuti. Aku lebih banyak berada di bilik serta perpustakaan meluangkan masa untuk mengulangkaji subjek yang telah aku pelajari. Memandangkan keputusan peperiksaan aku pada semester lepas agak memberangsankan, maka aku bertekad untuk mendapatkan dan mengekalakn keputusan yang baik itu. Aku lebih banyak belajar bersama kumpulan sekiranaya aku memerlukan pertolongan daripada mereka. HAri peperiksaan tiba, aku memasuki dewan dengan tenagng dan menjawab dalam keadaan yang sangat tenang. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan aku pada semester ini juga tidak mengecewakan. Ternyata dengan kesungguhan aku, aku dapat mengekalkan keputusan yang baik pada semester lepas.
Semester tiga bermula dengan perasaan yang sangat teruja kerana telah genap setahun aku dapat melalui kehidupan disini. Pada semester ini aku telah diapungkan ke DPP TNB namun,..huhuhu..Nasib baiklah DPP tersebut hanya bersebelahan dengan DPP lama aku. JAdi tidak menimbulkan sebarang masalah kepada aku untuk menyesuaikan diri dengan DPP tersebut. Pada semester ini UUM menerima kemasukan pelajar baru iaitu pelajar semester pertama sebagai pelajar disini. Melihatkan gelagat mereka membuatkan aku terkenang kembali sewaktu hari pertama aku mendaftar disini. Sangat susah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru lebih-lebih lagi berjauhan dengan keluarga namun setelah setahun aku mampu mengharunginya dengan baik. Malah, aku telah selesa berada disini dan mula seronok berada di kampus hijau ini.
Aku tidak mahu menceritakan dengan bayak tentang rutin harian kuliah dan sebagainya kerana setiap semester sesi kuliah peperiksaan akhir, tugasan dan kerja kumpulan adalah benda yang sama yang wajib dilalui oleh setiap pelajar yang bergelar mahasiswa. Semester tiga , aku lebih banyak menyertai perlawanan futsal serta bola sepak yang dianjurkan oleh DPP. Dengan menyertai perlawana sebegini, aku dapat menimba pengalaman baru. Selain itu juga, waktulapang aku juga diisi dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar serta universiti. Aktiviti yang dijalankan sangat bermanfaat. Namun begitu, dalam kesibukan aku dengan aktiviti, aku tidak lupakan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar serta tujuan utama aku disini adalah untuk menuntut ilmu. Aku tidak lupa untuk menyiapkan tugasan serat menghadiri kuliah seperti biasa. Aku juga tidak lupa untuk mengulangkaji apabila tibanya musim peperiksaan akhir. Seperti dua semester lepas, keputusan akhir aku pada semester ini juga cukup baik walaupun aku lebih banyak menumpukan perhatian kepada aktiviti luar.
Semester keempat tiba dengan sedikit perasaan gundah. Mana tidaknya, aku telah diapung sekali lagi ke DPP SME Bank Bukit Kachi. Pada awalnya aku berasa sangat gundah kerana belum pernah aku sampai ke Dpp yang terletak 3km dari kampus utama itu. Aku mula membayangkan kehidupan aku di mana serta bagaimana aku akan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang serba baru tersebut, Hari pertama di Dpp baru memang agak mencabar kerana persekitaran dan suasana di sini jauh berbeza dengan suasana dan persekitaran dalam kampus. Blok aku yang jauh dengan hentian bas membuatkan aku telah lewat kekelas pada hari pertama. Selain itu, aku juga masih belum dapat mengafal jadual pergerakan bas disini. Aku sangat beruntung kerana aku mempunya ramai kawan sekelas yang berada di Dpp ini dari semester pertama. Mereka telah banyak mengajar aku untuk mnyesuaikan diri di Dpp baru ini.
Pada mulanya memang agak kekok namun tidak sampai sebulan berada disini aku telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran disini. Malah aku juga telah mula suka dan jatuh cinta denga persekitaran di bukit kachi. Persikatarannya sangat cantik dan nyaman kerana kedudukannya di atas bukit. Semakin hari aku semakin selesa berada di Dpp ini. Disini jugalah aku telah berkenalan dengan seseorang yang telah banyak membantu aku dari mula perkenalan kami sehingga sekarang. Dengan pertolongannya jugalah aku banyak belajar untuk lebih bersemangat dan bertahan dengan kehidupan sebagai mahasiswa.
Semester kelima dan keenam merupakan tahun ketiga aku berada di UUM. Kedua-dua semester ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal kerana setiap tugasan yang diberikan lebih sukar berbanding semester-semester sebelum ini. Aku lebih sibuk pada semester-semester ini kerana tugasan yang diberikan sangat banyak dan memerlukan aku untuk menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugasan tersebut. Namun begitu, ada ketika sekiranya mempunya kelapangan aku akan bersukan serta keluar bersosial dengan rakan-rakan. Tidak lupa juga setiap kali tibanya musim peperiksaan,aku akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Usaha aku di kedua semester ini tidak sia-sia kerana keputusan pada kedua-dua semester ini sangat memberangsangkan malah pada semester keenam aku telah dianugerahkan sijil dekan. Alhamdulillah segala penat lelah aku selama ini terbayar dengan penganugerahan tersebut.
Kini aku telah berada di semester ketujuh dan aku telah bergelar sebagai pelajar tahun akhir disini. Sekejap sahaja masa berlalu, Rasanya seperti baru sahaja semalam aku mendaftar sebagai masiswa disini, namun telah hampir 4tahun masa berlalu dan ini merupakan semester akhir aku disini..InShaAllah..Pada semester ini aku lebih sibuk daripada biasa kerana mempunyai projek akhir yang perlu disiapkan serta mencari tempat untuk latihan praktikal pada tahun depan.Alhamdulillah urusan praktikal aku telah selesai yang aman aku telah diterima untuk menjalani latihan praktikal disalah sebuah syarikat yang berdekatan dengan rumah.Aku juga bersyukur kerana ahli kumpulan aku memberikan kerjasama serta komitmen yang cukup baik dalam menyiapkan projek akhir ini.Aku berharap aku dapat menghabiskan semester ini dengan jayanya dan bakal menggengam segulung ijazah pada tahun hadapan...InShaAllah..
No comments:
Post a Comment