Monday, 5 October 2015
Sedikit Mengenai Diri Saya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, nama ku Muhammad Shahizdan Bin Mohd Alwi. Aku dilahirkan pada 12 Febuari 1993, di Kampung Pengkalan Nangka 16200 Tumpat, Kelantan. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kelaboran, dalam tahun 2000 sebelum melanjutkan pelajaran di Maahad Muhammadi Tumpat dari tahun 2006 hingga 2011. Aku telah menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia dengan keputusan yang memberangsangkan. Pada tahun 2012 aku telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi. Sekarang aku berada di tahun akhir. Pengajian aku akan tamat pada Januari 2016, InsyaAllah. Impian aku ingin menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Harapan aku pada 10 tahun akan datang ialah untuk membuka perniagaan aku sendiri .Selain itu, aku ingin mengembangkan sektor pertanian seperti ladang kelapa dan getah. Bertani merupakan satu ibadah dan amat digalakkan dalam kehidupan dan ekonomi sekarang. Aku ingin menanam pelbagai jenis tanaman di ladang aku. Dan dalam masa yang sama, aku ingin membuka perniagaan yang melibatkan sektor perikanan dan juga penternakan. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali ‘Imran ayat 14;Ertinya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). Saringan ayat suci Al-Quran di atas dijadikan untuk motivasi diri menjana ekonomi ummah dan memenuhi tuntutan Fardu Kifayah muslimin. Semoga apa yang aku harapkan dapat dicapai dan jika diberi peluang dan kesempatan , aku ingin membawa kedua ibu bapa aku menunaikan haji dan membantu anak-anak yatim .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment